Monday 13 January 2014

"YANG TERISTIMEWA YANG TERCIPTA UNTUKKU"

Assalamualaikum wbt :)
                        Harini just nak cerita about my experience bila pada 11/1/2014 yg lepas kitorg pergi ke Rumah Orang Tua Al-Ikhlas yg terletak kat Puchong. Lawatan ni diadakan olh kelab sahabat uitm kuala pilah.. Bagi aku perjalanan ke sana selam 2 jam adalh sgt berbaloi. Pengalaman yg kami dapat di sana takkan dapat kami lupakan da akan kami hargai :)
                       Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah org tua hati ini terasa sayu sgt n suasana kat sana masa tu sgt la sunyi just kedengaran bunyi tv. Mula-mula kami sampai pemilik rumah al-ikhlas tu menceritakan serba sedikit mengenai sejarah rumah tersebut serta keadaan org tua di sana.. beliau juga memberikan sedikit nasihat kepada kami :'( Setelah itu kami mula masuk ke dalam rumah untuk berkenalan dan beramah mesra bersama org tua di sana. Terdapat lebih kurang 80 org tua di sana. 
                      Kebanyakan mereka mempunyai sakit2 yg agk kronik dan tidak mampu untuk berjalan jauh.. hanya terlantar di katil pada waktu lapang. Namun aku kagum dgn mereka sbb mereka masih mampu untuk bangun dan menunaikan kewajipan kpd Allah SWT sedangkan kebanyakan anak muda sekarang walaupun gagah perkasa namun masih ada yg meningglkn solat :( 
                      Banyak perkara yg kami bualkan bersama mereka. Niat kami ke sana cuma 1 iaitu untuk menghiburkan mereka serta ingin membantu untuk meringankan beban mereka tp tanpa kami sedari sbnrnya merakalah yg telah menghiburkn kami :') merekalah yg banyak membuat lawak serta menyenangkan hati kami walaupn kami tahu jauh di dasar hati mereka kami tahu mereka sedih mengenangkan anak2 yg jauh daripada mereka.... 
                      Tanpa kami pinta mereka menceritakan tentang anak2 mreka yg berjaya dan mereka tidak pernah menunjukkan perasaan marah semasa bercerita tentang anak2 walaupun anak mereka yg meninggalkan mereka di situ. Cuba bayangkan betapa sayangnya ibu bapa terhadap anak. 
                     Air mata ku hampir saja menitis saat ingin pergi dari sana mereka semua memandang dgn penuh harapan agar kami tidak meninggalkn mereka dan bertanya bila nk dtg lg. sebak rasa hati ini. :'( Semoga kami dpt bertemu lg. InsyaAllah

"Ya Allah kau lindungilah kedua ibu bapa ku dan jadikanlah aku anak yang solehah."

p/s : gambar tak dpt nak tunjuk sbb ada kat kamera org lain :(

No comments:

Post a Comment